
SEMPORNA: Seorang pelancong lelaki warga China yang hilang ketika menjalankan aktiviti ‘snorkeling’ petang semalam, ditemukan lemas di kawasan perairan sebuah resort di Pulau Bum Bum, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba Semporna Noor Jali Maslah berkata mayat mangsa dikenali sebagai Lin Jun Yong, 25, ditemukan pada 10.28 pagi selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan kaedah ‘surface searching’.
“Bomba menerima panggilan daripada polis pada 8.27 pagi tadi mengenai mangsa dikhuatiri hilang di laut semasa menjalankan aktiviti ‘snorkeling’ di kawasan perairan resort sejak semalam,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Sementara itu, Ketua Polis Semporna Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada 8.37 malam tadi oleh pengurus…
