Dalam hantaran di Xiaohongshu, seorang pelancong dari China yang berada di tempat kejadian menulis bahawa ketika itu dia turut berada dalam MRT tersebut apabila seorang penumpang lelaki yang memakai baju hitam menumpahkan minumannya kerana dia tertidur.
Menyedari perkara itu, penumpang berkenaan terus bangun dan membersihkan dirinya dan minuman yang tertumpah. Dia kemudian telah dibantu oleh beberapa orang di situ yang mengeluarkan tisu mereka dan membersihkan tumpahan tersebut.
Walaupun pelancong itu mengakui dia tidak membantu dan hanya memerhati dari jauh, dia berkata terharu melihat rakyat Malaysia datang membantu orang yang tidak dikenali.
Tambahnya, penumpang lelaki itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya membersihkannya.
“Ini adalah detik paling menyentuh hati yang saya dapat lihat di MRT, kebaikan dan kerjasama yang murni. Berbanding dengan keindahan yang ingin kita capai dalam hidup, mungkin saat-saat seperti ini adalah keindahan sebenar yang…