Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Pelancong Korea Terkejut Kena Caj RM2 Untuk Masuk Tandas Pusat Beli-Belah Di Malaysia

today16 October 2024

Background


Menerusi video yang dikongsi oleh @man_zang, mereka mencuba tandas itu kerana perasaan ingin tahu kenapa tandas itu dinamakan ‘tandas premium’ dengan dikenakan caj berharga RM2.

“Kenapa seseorang perlu bayar hanya kerana mahu pergi ke tandas? Saya mahu tidur dalam tandas inilah kalau macam itu,” seloroh salah seorang daripada mereka.

Walau bagaimanapun, setelah memasuki tandas berkenaan, gadis-gadis itu berpuas hati dengan bayaran dikenakan setanding dengan bau yang wangi, bersih dan sangat selesa.

Malah, mereka bukan sahaja mendapat tisu berkualiti tinggi tetapi losyen tangan secara percuma dimana ia disediakan di dalam tandas tersebut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

KL sasar juara PERR 2024

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Melayu Kuala Lumpur (PBMKL) menyasarkan muncul juara pada saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2024 yang akan dilangsungkan di Melaka, bermula Ahad ini hingga 27 Oktober.

today16 October 2024