Tempoh 90 hari itu juga tidak termasuk hari yang diluangkan di China dengan menggunakan visa, permit kediaman, dokumen visa lain atau Kad Perjalanan Perniagaan APEC.
Sekiranya seseorang individu belum mencapai had 90 hari tetapi mempunyai baki kurang daripada 30 hari, tempoh kemasukan tanpa visa bagi kemasukan berikutnya akan dihadkan kepada baki hari yang tinggal.
“Warganegara China yang datang ke Malaysia juga akan mengikut cara yang sama. Kami yakin perjanjian ini akan menggalakkan lagi pertukaran antara rakyat, memperkukuh persefahaman bersama dan memperdalam kerjasama pelbagai sektor antara kedua-dua negara dan rakyat apabila ia mula berkuat kuasa,” katanya lagi.
Sebagai rekod, perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu telah ditandatangani semasa lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia April lalu.
