
PETALING JAYA: Dua pengendali Airbnb gusar pendapatan mereka akan terjejas jika kerajaan Sabah meneruskan cadangan melarang sewa jangka pendek.
Pemilik FR Residence, Farra Syazliyana, yang mempunyai beberapa bilik untuk disewa di sekitar Kota Kinabalu, berkata Airbnb memenuhi keperluan pengunjung yang tidak dapat menempah bilik hotel pada waktu puncak seperti musim cuti sekolah.
“Airbnb boleh menampung pelancong seperti ini,” katanya kepada FMT sambil menambah antara 50% hingga 60% pendapatan tahunannya diraih ketika cuti sekolah.”
Ketika musim percutian, katanya, kadar bilik boleh meningkat lebih RM40 dengan tetamu hanya tinggal semalaman dalam kebanyakan kes.
“Jadi, larangan itu akan memberi kesan teruk kepada perniagaan saya jika ia dilaksanakan dan pendapatan bulanan saya akan merosot kerana tidak…
