Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelantikan syarikat baharu periksa kenderaan persaingan sihat, kata Puspakom

today7 February 2025

Background


PUSPAKOM - SHAH ALAM
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan pelantikan 3 syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan sebagai PPKM fasa pertama.

KUALA LUMPUR: Puspakom menyifatkan pelantikan tiga syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai persaingan sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mahmood Razak Bahman berkata, pelantikan itu juga membolehkan syarikat yang terlibat berkongsi tanggungjawab dalam memastikan keselamatan kenderaan selain bertukar pendapat bagi meningkatkan kualiti pemeriksaan kenderaan di Malaysia secara bersama.

“Puspakom menyambut baik pengumuman terkini oleh Kementerian Pengangkutan tentang kemasukan syarikat-syarikat baharu ke dalam sektor pemeriksaan kenderaan.

“Pengumuman ini secara langsung menjadikan industri perkhidmatan pemeriksaan kenderaan menjadi lebih dinamik dan mewujudkan persaingan yang sihat,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai isu integriti, Mahmood Razak menegaskan, beliau tidak akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post