Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelarasan gaji pensyarah, penjawat awam Oktober ini

today3 September 2023

Background


Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor, hari ini. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju melakukan pelarasan tangga gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata ini sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

“Saya tengok pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan,” katanya semasa sesi soal jawab dalam program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Perdana menteri berkata justeru, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji perkara tersebut.

Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam setengah itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Aleix Espargaro ketuai kemenangan 1-2 Aprilia

Barcelona: Aleix Espargaro meraih kemenangan mengatasi rakan sepasukan Aprilia, Maverick Vinales di Grand Prix (GP) Catalunya sebentar tadi, ketika pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia terbabit dalam kemalangan ngeri pada pusingan permulaan ketika bermula dari petak utama.

today3 September 2023