Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelarasan tarif air pelaburan masa depan, kata pengerusi SPAN

today3 February 2024

Background


Pengerusi SPAN Charles Santiago berkata perbincangan bagi pelarasan tarif air telah diadakan sewaktu pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018.

PETALING JAYA: Pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 Feb lalu adalah pelaburan untuk memantapkan pengurusan sumber utiliti itu pada masa depan, kata Charles Santiago.

Meminta pengguna terbuka menerima perubahan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu menjelaskan tindakan terbabit sepatutnya dibuat 10 atau 20 tahun lalu, bagaimanapun ditangguhkan.

Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata cadangan berkenaan telah dibincangkan ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018, namun dilaksanakan di bawah pemerintahan Anwar Ibrahim yang mempunyai keazaman politik demi kepentingan masa depan.

Santiago pernah dilantik pengerusi SPAN bagi tempoh dua tahun bermula 1 Nov 2018 hingga 31 Okt 2020 namun perkhidmatannya ditamatkan lima bulan lebih awal. Kerajaan melantiknya semula bagi penggal 2023 hingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Amira Ismail


Previous post