Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam dikatakan melapor diri sebagai peserta kursus di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Ahad lalu.

PETALING JAYA: Seorang peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, semalam.
Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam dari Cawangan Kompeni Demo Pusat Latihan PGA dikatakan melapor diri sebagai peserta kursus Ahad lalu.
Kematian pelatih berusia 21 tahun itu disahkan Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, lapor Berita Harian.
Bagaimanapun beliau memaklumkan punca sebenar hanya dapat diketahui selepas bedah siasat dijalankan pagi ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Komandan PLPGA Ulu Kinta, Mohammad Hafiz Kadir, ketika dihubungi berkata berdasarkan maklumat rakan si mati, pelatih itu pada mulanya mengadu mengalami kekejangan…