
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada negara.
Anwar kongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara menerusi ‘Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi, Melimpah Kemakmuran’ di laman Facebook beliau hari ini.
Antara pencapaian itu adalah pelaburan ekonomi digital yang menyaksikan pelaburan digital diluluskan bernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2024, yang mewujudkan 159,000 pekerjaan.
Syarikat teknologi gergasi yang melabur di Malaysia termasuk Microsoft (RM10.5 bilion), NVIDIA dan YTL (RM20 bilion), Oracle (RM27 bilion), AWS (RM21.3 bilion) dan Google (RM9.4 bilion).
Pelaburan ini dijangka memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi dan menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia Tenggara.
Pelaburan…