Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi PN muktamad, kata pemimpin Bersatu

today24 January 2026

Background


Zainol Fadzi Paharudin
Ahli MPT Bersatu Zainol Fadzi Paharudin berkata, pengganti Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN harus diputuskan oleh jawatankuasa pusat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menegaskan, peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Jan lepas adalah muktamad, walaupun terdapat percubaan oleh pihak tertentu untuk memujuk beliau menarik balik keputusan itu.

Zainol Fadzi Paharudin berkata, mereka yang cuba memujuk presiden Bersatu itu untuk menarik balik peletakan jawatannya berbuat demikian kerana bimbang kedudukan mereka akan terjejas jika Muhyiddin tidak lagi memimpin PN.

Dalam kenyataan hari ini, Zainol turut menegaskan, PAS telah menyatakan kesediaan untuk memimpin PN, dan pemimpin parti itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada Muhyiddin dalam pertemuan bersamanya.

“Biar mesyuarat Jawatankuasa PN Pusat membuat keputusan berdasarkan peraturan mesyuarat,” katanya.

Kenyataan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post