
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan anti-rasuah menyambut baik peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri, namun berpendapat pelantikan itu tidak seharusnya dibuat.
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata walaupun ia menunjukkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertindak terhadap saranan pelbagai pihak namun beliau harus memastikan pelantikan seperti itu tidak lagi berulang pada masa depan.
“Amalan ini tidak seharusnya berlaku,” kata ketua pegawai eksekutifnya Pushpan Murugiah.
“Ia mengganggu fokus kerajaan untuk melaksanakan reformasi urus tadbir diperlukan bagi memerangi isu rasuah yang lebih besar.”
Nurul Izzah yang mengumumkan peletakan jawatannya hari ini akan menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Mohd Hassan…