Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi dia pada awalnya mengalami period pain dan haid yang tidak teratur.
Malah, dia juga sering bermimpi berjumpa dengan lelaki yang tidak dikenali serta budak kecil berbulu hitam. Bukan itu saja, dia merasa seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam perutnya.
Keadaan itu membuatkan dia pergi berubat dan mendapat tahu rupa-rupanya dia sudah berkahwin dan sedang mengandungkan ‘anaknya’.
Difahamkan, ‘benda’ itu sudah berada lama di dalam badannya sehingga sudah beranak-pinak. Dia akhirnya pergi berubat dan ‘benda’ itu berjaya dipisahkan dari badannya.
Lihat video sambungan itu di bawah: