
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan tiada masalah jika Khairy Jamaluddin mahu bertanding di negeri itu, tetapi Pengerusinya, Aminuddin Harun mengesyorkan bekas ketua Pemuda Umno itu bertanding di Kelantan.
Ini kerana, katanya peluang Khairy menjadi menteri besar di negeri Pantai Timur itu lebih cerah berbanding di Selangor atau Negeri Sembilan.
Aminuddin yang juga menteri besar Negeri Sembilan mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang yakin dengan kebolehan dan populariti Khairy akan membolehkan Perikatan Nasional (PN) menguasai Selangor serta Negeri Sembilan.
Katanya, Khairy juga boleh diangkat sebagai menteri besar, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan jika menyertai Bersatu dan membantu PN merampas dua negeri itu pada…