Hot FM

Peluang menang PRK KKB lebih tinggi jika PH letak calon Melayu, kata penganalisis


Penganalisis berkata, pemilihan calon Melayu tidak akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Melayu kepada Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis berpendapat, peluang Pakatan Harapan (PH) memenangi PRK Kuala Kubu Baharu lebih tinggi jika meletakkan calon Melayu memandangkan jumlah pengundi Melayu di DUN itu cukup signifikan.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, pemilihan calon Melayu boleh menarik penyokong Umno yang tidak mengundi PH pada PRN tahun lalu, selain mengimbangi kemungkinan pengundi bukan Melayu – yang juga penyokong teras PH – keluar mengundi rendah.

“Cadangan meletakkan calon Melayu merupakan langkah taktikal dan tepat untuk PH mengekalkan kemenangan di kerusi itu memandangkan dua DUN lain dan Parlimen Hulu Selangor dimenangi Perikatan Nasional (yang menguasai sokongan pengundi Melayu), selain pengundi Melayu di kawasan tersebut cukup signifikan.

“Ia mempunyai peluang lebih tinggi apabila meletak calon…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version