Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelucutan Tuanku Muhriz tak wajar tanpa kesalahan jelas, kata Zaid

today6 June 2026

Background


TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan bertemu orang ramai selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Sri Menanti, semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan ‘melucutkan’ Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai tidak wajar memandangkan tiada kesalahan jelas dikemukakan terhadap baginda.

Zaid berkata persoalan utama bukan sekadar sama ada tindakan itu sah dari sudut undang-undang tetapi turut membabitkan soal keadilan.

Menurutnya, kuasa menyingkirkan seseorang sebagai Yang di-Pertuan Besar, jika wujud di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, sepatutnya hanya digunakan atas alasan kukuh seperti salah laku serius atau kegagalan menjalankan tugas.

“Tapi rakyat tak tahu apa kesalahan Tuanku Muhriz.

Zaid Ibrahim.
Zaid Ibrahim.

“Jadi pada saya kalau pun empat Undang ini ada kuasa memecat Tuanku Muhriz, pada saya itu tak wajar,” katanya di program audio…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Arnaldi tarik diri, Cobolli ke final

Paris: Flavio Cobolli mengakui dia berasa ‘sedih dan gembira pada masa yang sama’ selepas mara ke final Grand Slam pertama kariernya pada Terbuka Perancis awal pagi tadi susulan penarikan diri saat akhir lawannya, Matteo Arnaldi kerana virus.

today6 June 2026