Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney tidak mahu anak buahnya pulang dengan tangan kosong selepas mereka bekerja dengan begitu keras untuk menghadapi Piala Asia B-23 2022 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan.
Skuad muda negara tersingkir daripada persaingan untuk mengulangi pencapaian edisi 2018 selepas tumpas pada dua aksi awal bertemu Korea Selatan dan Thailand.
Keadaan itu menyebabkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Vietnam pada jam 9.00 malam ini sekadar menjadi pelengkap jadual buat Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan rakan sepasukannya.
Namun, Maloney tidak mahu anak buahnya memandang enteng pertembungan terakhir di Stadium Lokomotiv itu dan beliau nyata menginginkan kemenangan.
“Sudah pasti objektif utama kami adalah untuk beraksi dengan lebih baik dan mendapatkan sesuatu pada perlawanan ini dengan membawa…