Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seorang pemain bola sepak tempatan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan yang berusia 18 tahun.
Menurut laporan daripada Berita Harian, pemain yang berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan pada malam Ahad lalu selepas pihak Polis menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.
“Dalam laporan dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah hari Ahad lalu.
“Mangsa mendakwa didatangi suspek (pemain bola sepak tempatan) yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.
“Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek,” kata…