Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing mengulas cadangan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia yang mahu mengenakan caj bilik dalam matawang USD.

SUBANG JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menyeru semua pemain industri pelancongan terus yakin menggunakan mata wang negara bagi caj bilik penginapan dan perkhidmatan kepada pelancong.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berkata sekiranya mereka menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD), ia tidak memberi jaminan dapat terus kukuh dalam memberi manfaat kepada industri berkenaan.
“Saya berpandangan kita mesti mempunyai keyakinan dengan negara kita sendiri dan mesti ingat sekarang USD kukuh tapi belum tahu selama mana nilai mata wang ini akan kekal, mana tahu suatu hari nanti semua orang tidak mahu lagi menggunakan mata…
