Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemain Selangor disimbah asid

today5 May 2024

Background


Faisal Halim
Media melaporkan Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Selangor mengesahkan pemainnya, Faisal Halim, disimbah asid.

Terdahulu media melaporkan Faisal disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

“Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan polis serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat,” kata kelab itu di media sosial.

“Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini.”

Serangan ini turut menjadi perbualan warganet, apabila gambar Faisal yang dikatakan selepas kejadian dikongsi di media sosial.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengecam serangan itu.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post