Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain yang terlibat dalam pergaduhan ketika perlawanan Piala Menteri Besar Terengganu antara Penang menentang Terengganu II bakal dikenakan hukuman penggantungan dan pasukan akan didenda.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menjatuhkan hukuman kerana kejohanan tersebut diluluskan oleh mereka.
Susulan insiden pergaduhan Penang FC dan TFC II, pemain yang didapati berkelakuan ganas menumbuk dan menendang pemain difahamkan akan digantung dan pasukan pula akan didenda. Hukuman akan dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana pertandingan diluluskan badan induk itu.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 11, 2022
Perlawanan tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal setelah berlaku kekecohan dan pergaduhan beramai-ramai di tengah padang diantara pemain…