Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemaju Forest City sedia beri kerjasama siasatan Network School

today15 July 2026

Background


network school
Dilancarkan pada 2024, Network School merupakan sebuah komuniti kediaman persendirian di Forest City yang diasaskan oleh bekas Ketua Pegawai Teknologi Coinbase dan pelabur, Balaji Srinivasan. (Gambar Network School)
PETALING JAYA:

Pemaju Forest City di Johor berkata syarikat itu bersedia memberikan kerjasama penuh dalam siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan warga Israel terlibat dalam satu program komuniti di situ.

Country Garden Pacificview Sdn Bhd berkata pihaknya memandang serius isu itu dan menyokong pendirian kerajaan tidak membenarkan Johor dijadikan pangkalan kepada sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang serta menjejaskan kedaulatan negara.

Katanya, Forest City turut bersedia bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen, polis, Jabatan Kastam, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

“Forest City juga komited mengemukakan semua dokumen berkaitan yang diperlukan bagi membantu melancarkan siasatan dan mempercepat proses…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post