Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemakaian pelitup muka bagi pengendali makanan di Selangor bermula 1 Jan

today28 December 2022

Background



Kerajaan Selangor menetapkan peraturan baharu pemakaian pelitup muka itu sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengingatkan semua penyedia dan pengendali makanan di Selangor untuk mematuhi arahan pemakaian pelitup muka yang berkuatkuasa mulai 1 Jan ini.

MPS menerusi satu hantaran di Facebook memberitahu, peringatan itu selaras arahan kerajaan negeri yang mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor bermula tahun depan.

Peraturan baru itu sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.

“Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan,” kata MPS.

Sebelum ini Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post