Hot FM

Pemancing hilang di Tasik Gubir ditemukan lemas



Pasukan penyelamat yang membawa mayat ke pangkalan di Tasik Gubir sebelum diserahkan kepada polis untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. (Gambar PDRM)

SIK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Tasik Gubir dekat sini pada Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran tasik itu petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Abdull Razak Osman berkata mayat Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, dijumpai terapung di tengah sungai itu pada 4.47 petang kira-kira 50 meter dari tempat dia dipercayai dihanyutkan arus deras.

“Pasukan penyelamat yang membawa mayat mangsa tiba di pangkalan kira-kira 6 petang tadi dan menyerahkan kepada polis untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Isnin lepas, Muhammad Amirul Akmal dilaporkan dikhuatiri lemas di kawasan Tasik Gubir pada 4.57 petang.

Abdull Razak berkata Muhammad Amirul Akmal berkhemah dan bermalam di Tasik Gubir bersama tujuh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version