
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu ‘Water Breaker’ Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari, berkata mayat mangsa Che Yassin Che Ngah, 43, dari Kampung Perana, Ulu Melaka, di sini, ditemukan 6.10 petang, di perairan Kuala Chenang kira-kira 150m dari lokasi mangsa terjatuh.
“Mangsa ditemukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), sebelum dibuat pengecaman oleh isteri mangsa.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian 11.30 malam semalam, Che Yassin yang baru selesai memancing bersama adik…