Hot FM

Pemancing terserempak harimau, ‘Pak Belang’ sambar beg sandang


rimau
Dua pemancing berdepan detik cemas apabila terserempak harimau belang, pada Rabu lepas. (Gambar Bernama)

MERSING: Dua lelaki berdepan detik cemas apabila mendakwa terserempak harimau belang ketika sedang memancing berhampiran ladang kelapa sawit Felda Nitar 2, Rabu lepas.

Nazeri Iskandar, 31, berkata dalam kejadian pada 5.45 petang itu, dia dan rakannya, Azmir Mokeri, 35, baru sahaja memulakan aktiviti tersebut sebelum menyedari kehadiran haiwan liar itu.

“Keadaan ketika itu menjadi cemas dan saya hanya bertawakal kepada Allah. Azmir mulanya mengambil tindakan untuk lari tetapi apabila saya lihat harimau itu semakin laju ke arah kami, saya minta dia menghadap harimau tersebut.

“Harimau itu terus berhenti berjalan dan saya sempat membaca surah Al-Fatihah, doa Nabi Sulaiman dan surah tiga Qul sebelum harimau itu seolah-olah memberi tunduk hormat lalu menyambar beg sandang milik Azmir yang mengandungi telefon pintar, alatan memancing serta air,” katanya ketika dihubungi.

Nazeri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version