
IPOH: Remaja lelaki memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, mengangkat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie ke bahu jalan selepas perlanggaran berlaku.
Saksi pendakwaan ke-11 itu, berkata dia melihat pemandu (Nazri) yang turun dari kereta jenis Perodua Ativa seolah-olah dalam keadaan marah berdasarkan tindakan serta pergerakan tangannya.
Bagaimanapun, remaja itu berkata, dia tidak dapat mendengar apa dikatakan pemandu tersebut kerana sepanjang kejadian berada di bahu jalan berdekatan simpang tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati.
“Saya hanya bergerak ke bahu jalan di tempat mangsa diangkat selepas perlanggaran setelah pemandu kereta Ativa beredar dari tempat kejadian.
“Saya dapat perasan kejadian itu kerana bunyi motosikal Zaharif yang kuat. Saya fokus pada kejadian dan dapat…