Laporan awal Pasukan Petugas Khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), hari ini mendapati bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan menjadi punca nahas yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, pada 9 Jun lalu.
Memetik Berita Harian, hasil analisis kinematik mendapati bas berkenaan dipandu pada kelajuan 117 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian. Sementara had laju…