Semua mangsa berteduh daripada hujan dalam kejadian di Lebuhraya NKVE pagi tadi.

PETALING JAYA: Sebuah kereta merempuh mati tiga penunggang motosikal yang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya NKVE, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata rempuhan itu juga mengakibatkan tiga lagi penunggang cedera.
Beliau berkata, dalam kejadian 5.59 pagi itu, mangsa dipercayai dirempuh lelaki berusia 26 tahun yang memandu kenderaan jenis Honda City dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cyberjaya.
“Siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan dalam masa sama melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh daripada hujan.
“Tiga penunggang disahkan maut di lokasi, manakala tiga lagi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam…
