
PETALING JAYA: Penumpang udara kini perlu membayar tambahan RM2 sekiranya mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-panggilan dan teksi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Ia adalah “bayaran masuk” baharu yang dikenakan ke atas semua pemandu e-panggilan dan teksi jika mereka ingin mengambil penumpang di Pintu 5, Aras 1 lapangan terbang berkenaan.
Caj baharu itu, yang bermula Jumaat lalu, dibuat selepas syarikat yang menguruskan aliran trafik dan sistem beratur di KLIA 2 memasang gantri di Aras 1, di mana pemandu e-panggilan dan teksi mesti menggunakan kad Touch N Go mereka untuk masuk ke kawasan mengambil penumpang.
Pemandu juga dikehendaki mempunyai nilai minimum RM20 dalam kad Touch ‘n Go mereka.
Namun, pemandu terbabit…