Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Pemandu Grab Salah Orang! Julia Farhana Kongsi Momen Disangka Wanna Ali

today19 November 2023

Background

Pelakon Julia Farhana memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) berkongsi momen di mana dirinya disangka pelakon Wanna Ali.

Menerusi perkongsiannya, Julia ketika itu sedang menggunakan perkhidmatan Grab dan pemandu tersebut mengenalinya sebagai pelakon.

Namun, pemandu itu tersalah sangka dengan aktres Wanna Ali apabila menyatakan dia berlakon dengan pelakon Alif Satar dalam sebuah drama.

β€œFOR GOODNESS SAKES! Are you serious? That’s @wannaali_

β€œTakkan la kat luar pakai tudung, berlakon buka pula? Common sense la aiyo,” tulisnya.

Dalam pada itu, Julia juga berpendapat bahawa dia dan Wanna Ali sangat berbeza dan tertanya mengapa masih ramai yang tersalah sangka.

β€œIn person, honestly. @wannaali_ and I look so different. Like really different tau.

β€œHow can we get mistaken? HOW?,” luahnya lagi.

julia farhana

Malah, hantaran yang dibuat Julia turut dimuat naik semula oleh Wanna Ali dan dia menganggap pemandu tersebut memuji Julia.

β€œBabes he meant it as a compliment!!!,” balasnya.

wanna ali

Untuk makluman, Wanna Ali berlakon bersama Alif Satar menerusi drama yang berjudul Bukan Sekadar Lafaz yang ditayangkan di TV3 sebelum ini.

Written by: Aqilah


Previous post