Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Orang ramai sedia maklum kawasan plaza tol merupakan salah satu tempat di mana pengguna jalan raya terpaksa berhadapan dengan 1001 situasi yang boleh mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini.
Seorang wanita tidak menyangka dia terpaksa berhadapan seorang pengguna jalan raya lain yang sanggup turun daripada keretanya semata-mata mahu mencetus provokasi di kawasan plaza tol.
Kejadian tersebut bermula ketika pemandu wanita itu sedang memandu terus menuju ke lorong Touch ‘n Go. Lagi beberapa meter hendak sampai ke lorong tersebut, ada sebuah Toyota Hilux secara tiba-tiba memintas masuk di hadapannya.
@rukiacosplayer Sorry I sound so angry I was not having it 😂 I don’t usually sound like that #karen #dashcammalaysia #roadbully
Tindakan mengejut pemandu Hilux itu menyebabkan wanita ini terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan membunyikan hon…