Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu Hilux Didakwa Enggan Beri Laluan Kepada Dua Ambulans Dalam Kecemasan

today11 October 2021

Background


Semua orang sedia maklum sekiranya terdengar siren daripada mana-mana ambulans, pengguna jalan raya lain perlu memperlahan dan ketepikan kenderaan ke kiri dan kanan jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans tersebut.

Namun, sebaliknya berlaku apabila pemandu Toyota Hilux ini didakwa tidak mahu memberikan kerjasama untuk memberikan laluan kepada dua buah ambulans yang sedang dalam kecemasan.

@pakatanofficial

♬ bunyi asal – Pak_Atan_Official – Pak_Atan_Official

Walapun Hilux tersebut mempunyai banyak kali peluang untuk masuk sebentar ke laluan kiri jalan untuk memberikan laluan kepada dua buah ambulans di belakangnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dilihat tetap ‘berkeras’ duduk memandu di laluannya.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang kecewa dan marah dengan pemandu Hilux itu yang didakwa langsung tidak menghiraukan situasi kecemasan kedua-dua ambulans tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @pakatanofficial

Sumber Gambar: Facebook…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar