

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan selepas mengekori konvoi polis yang mengiringi pergerakan timbalan perdana menteri I di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zamzuri Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.32 pagi di KM48.5 Kesas dari arah Kajang menghala ke Klang.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang memandu Honda CR-V itu mengekori konvoi polis ketika pergerakan timbalan perdana menteri I dari Kajang menuju ke Subang Jaya.
“Seorang anggota polis yang bertugas sebagai ‘rider’ dalam konvoi tersebut telah memberi amaran kepada pemandu supaya tidak mengekori konvoi,” katanya dalam kenyataan.
“Namun pemandu dipercayai masih enggan mematuhi arahan dan terus mengekori konvoi dengan cara yang boleh membahayakan keselamatan konvoi serta pengguna jalan raya…