
PETALING JAYA: Seorang pemandu ambulans dan jururawat dilaporkan parah selepas ambulans dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan dalam kejadian di Skrang, Betong, kira-kira 4.20 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.24 pagi sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan sebuah van ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.
“Terdapat dua orang mangsa cedera parah iaitu kakitangan KKM, seorang lelaki dewasa yang juga pemandu dan seorang perempuan dewasa,” katanya menerusi satu kenyataan, menurut Buletin TV3.
Katanya, kedua-dua mangsa…