Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu, kelindan lori maut langgar belakang treler di WCE

today23 September 2024

Background


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian. (Gambar JBPM)

IPOH: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa barangan pejabat yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di KM 202 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan, dekat Sitiawan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 3.33 pagi, sebelum Balai Bomba Sitiawan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Beliau berkata pemandu dan penumpang lori yang maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.

“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak kementerian kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada lori berkenaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post