
PETALING JAYA: Pemandu lori cedera parah selepas diterkam harimau kumbang di kepala ketika membuang air kecil, dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga-Seremban, Negeri Sembilan, petang tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.31 petang.
Katanya, ia berdasarkan maklumat video tular berhubung seorang pemandu lori yang diserang seekor harimau kumbang semasa mangsa turun untuk membuang air kecil di lokasi.
“Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan kelibat harimau kumbang sedang berlari ke arah hutan yang bertentangan.
“Susulan itu kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan segera melakukan siasatan lanjut di lokasi kejadian petang tadi,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, berdasarkan laporan dikongsikan polis, mangsa adalah warga tempatan…