
PETALING JAYA: Tiga kenderaan rosak teruk selepas seorang pemandu lori dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah merempuh dua kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di rumah kedai di Sri Bayu, Taman Putra di Ampang, Selangor.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu lori muatan pasir seberat 22 tan dalam perjalanan dari arah Hulu Langat ke Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika mahu berhenti di persimpangan lampu isyarat dipercayai hilang fungsi brek lalu melanggar dua kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di rumah kedai Sri Bayu.
“Kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang awam serta pemandu terbabit, hanya kenderaan alami kerosakan.
“Berikutan…