Hot FM

Pemandu lori sebabkan kematian 3 mangsa terlepas hukuman penjara



Mahkamah Tinggi Taiping membatalkan hukuman penjara ke atas pemandu lori Yee Kar Heng tetapi menaikkan denda daripada RM15,000 kepada RM24,000. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga individu empat tahun lepas terlepas hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Tinggi Taiping membatalkan hukuman itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Muniandy Kannyappan bagaimanapun menaikkan denda yang dikenakan terhadap Yee Kar Heng, daripada RM15,000 kepada RM24,000, selepas mendapati dia bersalah atas tuduhan lebih ringan, memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa, mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Yee, 44, perlu menjalani hukuman penjara 18 bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan sabitan terhadapnya direkodkan dalam lesen memandunya.

Mahkamah Majistret sebelum ini memerintahkan Yee dipenjara tiga tahun dan didenda RM15,000 selepas didapati bersalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version