
Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal telah direman selama empat hari.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas suspek yang berusia lingkungan 20-an dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini, menurut sumber BERNAMA.
Reman berkenaan adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta…