Kejadian berlaku selepas lori dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Kulai, petang semalam.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lain, dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Perindustrian Sedenak, Kulai semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Mohd Khairil Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.44 petang.
Katanya, pihaknya menghantar enam anggota dengan sebuah jentera untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan lori membawa muatan tanah.
“Mangsa yang berusia 59 tahun tersepit di bahagian pemandu lori Hino. Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu…