Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu maut van rempuh kedai runcit

today17 May 2023

Background


Mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keadaan van mangsa yang remuk teruk selepas merempuh sebuah kedai runcit di Kampung Simpang 5, Parit Buntar pagi tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas van dipandunya merempuh sebuah kedai runcit dalam kejadian di Kampung Simpang 5, Parit Buntar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mangsa dikenali sebagai Ezrul Azmi, 33 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kita dapati berlaku kemalangan membabitkan van pekerja yang merempuh kedai runcit. Ia menyebabkan mangsa iaitu pemandu, tersepit di tempat duduk,” katanya menurut Astro Awani.

Menurutnya, mereka menggunakan peralatan khas untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Detik penentuan Leverkusen

Berlin: Bayer Leverkusen akan menerima kunjungan Roma Jumaat ini dan mengetahui peluang mereka untuk mara ke final Liga Europa tidak mudah apabila perlu berdepan barisan pemain Jose Mourinho.

today17 May 2023