Hot FM

Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu di kawasan rekreasi


Seorang pemandu pelancong meninggal dunia di sebuah kawasan rekreasi di Ipoh akibat kecederaan di kepala kerana ditimpa bongkah batu.

PETALING JAYA: Seorang pemandu pelancong maut setelah ditimpa bongkah batu ketika mengunjungi sebuah kawasan rekreasi di Ipoh hari ini.

Ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu membawa pelancong dari Vietnam ke kawasan perkampungan riadah dan budaya Qing Xin Ling di Taman Saikat.

“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi, polis Ipoh menerima makluman daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan perkampungan riadah dan budaya (tersebut).

“Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu terjatuh dan mengenai kepala mangsa (menyebabkan) kecederaan di bahagian kepala,” kata Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version