Hot FM

Pemandu teksi dapat peruntukan tambahan RM10 juta


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi bertindak sebagai barisan hadapan yang mencerminkan budi bahasa masyarakat tempatan kepada warga asing.
KUALA LUMPUR:

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan segera sebanyak RM10 juta khusus untuk kebajikan dan pemerkasaan pemandu teksi di seluruh negara.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata suntikan dana itu tanda penghargaan kerajaan terhadap golongan berkenaan yang disifatkannya sebagai penyumbang penting dalam mempromosikan imej tatasusila, kebersihan, dan sektor pelancongan Malaysia.

Beliau turut menekankan, pemandu teksi bertindak sebagai barisan hadapan yang mencerminkan budi bahasa masyarakat tempatan kepada warga asing.

“Kita yang pernah berjalan ke luar negara pun tahu, kalau pemandu teksi itu bengis dan kasar, ia tentunya tidak akan dapat menarik minat pelancong.

“Pelancong melihat ini (apabila mendapati) orang Malaysia sangat sopan, berbudi bahasa, dan sangat baik. Kerana sambutan itu baik, saya luluskan hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version