

Pemandu treler yang terbabas menghempap kereta hingga meragut nyawa empat sekeluarga termasuk bayi perempuan di KM43.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Karak, Bentong semalam, disahkan positif dadah.
Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, hasil saringan ujian air kencing pemandu berusia 40 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine sebelum ditahan awal pagi tadi.
Katanya, lelaki terbabit dibawa ke IPD Bentong untuk ujian saringan air kencing sebaik selesai menerima rawatan di hospital.
“Penahanan ke atas pemandu terbabit dilakukan pemandu kira-kira 4 pagi sebelum dibawa ke Mahkamah Raub untuk permohonan reman,” katanya, menurut Sinar Harian.
Semalam, polis mengesahkan pemandu terbabit dikesan mempunyai 15 rekod…