Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu treler rempuh rumah direman 4 hari

today4 August 2024

Background


Pemandu berusia 40 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Gambar JBPM)

PEKAN: Pemandu treler merempuh sebuah rumah sehingga menyebabkan dua beradik maut di KM5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, semalam, direman empat hari.

Perintah reman ke atas pemandu berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Melody Woon Sze Mun hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, pemandu treler itu yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di mahkamah kira-kira 9.45 pagi diiringi polis.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, treler membawa muatan siling kapur dari arah Johor Bahru, Johor menghala ke Kuantan dipercayai hilang kawalan di selekoh kiri dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.

Tragedi itu menyebabkan Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 32, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala adiknya Mohd Waldon Faris, 21,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

MU jadi ‘lauk’ Liverpool

South Carolina, Amerika Syarikat: Manchester United (MU) menjadi mangsa belasahan Liverpool dalam aksi pramusim apabila tumbang 3-0 di South Carolina, di Amerika Syarikat awal pagi tadi.

today4 August 2024