Hot FM

Pemandu van langgar mati budak sekolah direman 3 hari


Mahkamah Majistret Batu Pahat
Mahkamah Majistret Batu Pahat benar suspek warga emas itu direman tiga hari susulan kematian murid Tahun Dua, Nur Aini Humairah, yang maut di hadapan pagar masuk utama sekolah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Pemandu van yang melanggar mati seorang murid perempuan di Parit Sulong, semalam, direman tiga hari.

Perintah reman terhadap suspek berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Batu Pahat bermula hari ini sehingga Jumaat.

Permohonan reman ke atas warga emas terbabit dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor BuletinTV3.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada 8 pagi diiringi anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Batu Pahat sebelum dibawa masuk ke mahkamah untuk prosiding.

Sebaik selesai kira-kira 15 minit kemudian, suspek kelihatan tenang ketika dibawa keluar sebelum menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version