

Pemandu bas dan wanita tular diriba masing-masing dipenjara setahun dan enam bulan selain denda selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Jasin kerana memandu secara berbahaya, minggu lalu.
Tertuduh, Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mazanan Sinin.
Sinar Harian melaporkan, Arif Fahmi dan Nur Adila juga dikenakan denda masing-masing RM5,000.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama dituduh memandu kenderaan bas nombor pendaftaran APE 9588 dengan cara berbahaya kepada orang awam.
Perbuatan itu dilakukan pada Ahad lalu sekitar 7.30 malam di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dalam daerah Jasin, Melaka.
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 dibaca bersama Seksyen 34…