Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara Dewan Rakyat melalui undian suara.

PETALING JAYA: Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa esok, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said.
Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan hari ini, Azalina berkata akta itu akan mula berkuat kuasa pada 4 Julai 2023.
Pada April, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhi hukuman.
Rang undang-undang itu juga mencadangkan membenarkan hakim membuat pilihan…