Hot FM

Pembangkang tiada isu besar untuk jatuhkan kerajaan, kata Puad



Puad Zarkashi berkata, PH bermain dengan persepsi negatif yang menyelubungi skandal 1MDB untuk memenangi PRU14. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pembangkang mahu menangguhkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana tiada isu besar yang boleh digunakan terhadap kerajaan semasa, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) bergantung kepada taktik seperti itu pada PRU14, dengan bermain persepsi negatif yang menyelubungi skandal 1MDB.

“Bagaimanapun, rakyat sudah bijak dan tidak akan diperdaya untuk kali kedua.

“Mereka (pembangkang) masih tiada isu yang cukup kuat untuk menumbangkan kerajaan,” katanya dalam wawancara dengan Hello Malaysia malam tadi.

Puad berkata, PH cuba menggunakan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang bermasalah sebagai bukti kegagalan kerajaan semasa, tetapi tidak berjaya.

“Mereka gagal mengeksploitasi isu LCS seperti yang mereka lakukan dengan 1MDB,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version